Aktiviti


PELANCARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 
SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI

Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah merupakan salah satu elemen yang penting bagi meamastikan proses menolong yang berlaku di dalam sekolah berterusan. Pembimbing Rakan Sebaya berperanan untuk membina sebuah budaya kasih mesra dan saling bantu membantu dalam kalangan pelajar. Disamping itu dengan wujudnya Pembimbing rakan sebaya sekolah ia dapat membina murid-murid yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan ia juga dapat membentuk murid-murid yang menghayati nilai-nilai murni berasakan kepada al-quran dan as-sunnah. Setiap murid merupakan individu yang unik dan mempunyai kepelbagai sosio budaya dan sosio ekonomi. Dengan adanya kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah ini daharapkan agar mereka boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain sama ada dari segi akademik, sahsiah, rohani dan kokurikulum.
Disamping itu Pembimbing Rakan Sebaya sekolah ini diwujudkan untuk memupuk dan membentuk potensi kepimpinan dan seterusnya menjadikan murid berkenaan peka terhadap persekitarannya, bertimbangrasa dan rela membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan ataupun ganjaran. Malah melalui pengaruh positif ini ia dapat membentuk persepaduan dalam pelbagai aktiviti sekolah dan seterusnya PRS dapat memainkan peranan membaantu mengurangkan salah laku disiplin di kalangan pelajar.

Sumber : Muhammad Safuan & Mohammad Hazim




PELANCARAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 
SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI



Sekolah penyayang merupakan satu mekanisma penggerak ke arah meningkatkan kuliti perkhifmatan pendidikan di SK Suka Menanti. Budaya penyayang ini dapat mewujudkan suasana sekolah yang produktif untuk sesi pembelajaran dan seterusnya meningkatkan motivasi ekstrensik murid-murid untuk belajar Dengan adanya aktiviti budaya sekolah yang penyayang ia mampu untuk membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan murid-murid dan seterusnua dapat menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi. Diharapkan program sekolah penyayang ini akan mendapat sambutan yang baik dari seluruh warga SK Suka Menanti.

Sumber : Abd.Manab bin Morad

No comments:

Post a Comment